Aku suka balut buku.
Kadang-kadang aku balut dengan kertas putih Double A. Kadang-kadang dengan pembalut hadiah. Kadang-kadang dengan pembalut buku lima ringgit dari Daiso (malangnya tak banyak buku Malaysia saiz petite macam buku Jepun).
Bila orang tanya buku apa aku baca, aku senyum sahaja. Bila orang rampas dan cuba lihat kulit dalamnya buku apa, aku marah. Bila orang nampak pembalut postage buku itu, aku buat-buat tak tahu.
Kenapa?
Bukan aku malu kerana membeli buku itu, bukan.
Tapi aku tak suka orang judge aku melalui buku yang aku baca.
Published with Blogger-droid v2.0.10